Wednesday, September 5, 2012

Mencari Modal Membuat Pelaburan Emas Dengan Bekerja Dari Rumah

Assalam & Salam Sejahtera sahabat semua,

Panjangnya tajuk entri aku kali neh kan...he he he...memang lar panjang...sebabnya, kita nek bercerita bagaimana nak mencari modal untuk membuat pelaburan emas neh...maklumlar, dah dua tiga entri sebelum neh kita bercerita pasal pelaburan emas...tak guna gak kalau kita nak bercerita cara untuk memulakan pelaburan emas neh kalau modalnya takde...dan bila kita bercerita pasal modal, dah tentu kita akan bercerita pasal duit...ya...DUIT...dengan simbol RM atau $ (dollar sign)...bak kata ayah aku, ADA DUIT SEMUA BOLEH CUIT...he he he...(^_^)...

Kerja Dari Rumah

Mesti ramai yang akan tertanya-tanya, betul ker dengan bekerja dari rumah boleh carik modal untuk buat pelaburan emas?...iklan "Kerja Dari Rumah" tuh bukan SCAM ker?...tipu kot segala iklan "Kerja Dari Rumah" tuh?...he he he...

Banyak betul soklannya kan... takper takper...kita cuba jawab sikit demi sikit...dan untuk menjawab persoalan berkaitan "Kerja Dari Rumah" tuh, kita tinggalkan sekejap perihal modal untuk pelaburan emas...nanti kita masuk semula bab modal tuh ea...boleh kan?...he he he...

Apa yang dimaksudkan dengan "Kerja Dari Rumah" tuh

Bila bercerita pasal Kerja Dari rumah neh, ramai orang akan konlius dan menyamatarafkan Kerja Dari Rumah neh dangan Berniaga Dari Rumah...sebenarnya, dua pekerjaan neh adalah sangat berbeza...perbezaannya macam kat bawah neh,
  • Kerja Dari Rumah - Kita akan dibayar mengikut tugasan yang telah kita siapkan dan dihantar kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut. Kita, sebagai pekerja bebas (freelance), tak perlu mengambil tahu sama ada syarikat tersebut rugi atau untung setelah kita serahkan tugasan yang telah kita siapkan. Dan pada kebiasaannya, kita tidak perlu membayar apa2 untuk mendapatkan tugasan tersebut. (Klik disini untuk sumber)
  • Berniaga Dari Rumah - Sebarang jenis program yang kita sertai dan memerlukan kita untuk membuat promosi atau rakan niaga atau downline. Pendapatan kita akan dijana daripada sumber berapa banyak jualan yang kita buat, atau berapa banyak rakan niaga atau downline yang kita dapat. dan, BERNIAGA DARI RUMAH MEMERLUKAN MODAL !!!....
Jadi, betullar ada "Kerja Dari Rumah" tuh

YA !!!...BETUL...ada pekerjaan yang kita boleh lakukan hanya dari rumah sahaja...dan, apa yang boleh aku nyatakan, kita akan mendapat bayaran yang lumayan, dengan syarat kita tau dimana kita nak cari pekerjaan tersebut...dan syarat untuk melayakkan kita melakukan kerja dari rumah neh macam kat bawah neh,

Syarat-syarat kelayakan:-
  • Tahu menggunakan komputer & Internet
  • Berkemahiran asa dalam Microsoft Words
  • Mesti boleh menulis, membaca & memahami Bahasa Inggeris
  • Mempunyai komputer / Laptop (kalau takde pun, boleh pergi cyber cafe...(^_^)...)
Lain-lain Kelayakan:-
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan
  • Berupaya mengikut arahan
  • Bersedia untuk bekerja keras
  • Berfikiran terbuka
  • Bermotivasi & mahu belajar
  • Mempunyai disiplin diri yang tinggi
Kelayakan UTAMA:-
  • tidak mempunyai penyakit MALAS ! ! ! ... he he he...
Apa contoh kerja yang kita akan buat

Setelah kita mendaftar untuk melibakan diri dengan "Kerja dari Rumah" neh, kita akan menerima email senarai kerja dari admin...email ruh kita akan terima setiap hari jam 8 pagi...antara contoh pekerjaan adalah memasukkan maklumat ke pengkalan data, mengumpul maklumat,menulis proposal, menulis blog (macam yang aku buat neh...he he he),meninggalkan komen dan sebagainya. Kita boleh pilih mana-mana pekerjaan yang bersesuaian dengan kita, fahamkan kehendak majikan, dan memohon untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Kalau betul kerja dari rumah neh boleh berjaya, tentu dah ada testimoni kan?

Yup...betul...kalau kengkawan nak tengok testimoni orang yang dah join program kerja dari rumah neh, klik kat sini...

Ada yuran pendaftaran ker untuk program neh?

Yup...ada yuran pendaftaran...yuran pendaftaran neh digunakan oleh admin sebagai modal pengurusan pendaftaran kita nanti, juga sebagai modal untuk menyediakan bahan2 latihan dan rujukan untuk memastikan kita tak sesat bila nak memulakan dan mengikuti program Kerja Dari Rumah neh...

Eh, kenapa kena bayar pulak?

hm...susah nak jawab neh...aku bg contoh lar...kita nak pergi kerja, tapi minyak kereta dah kering, kita kena singgah stesen minyak untuk isi minyak kereta...kita keluarkan RM50 dari wallet untuk isi minyak kereta kita...baru kita boleh teruskan perjalanan ke pejabat kita, atau pergi buat marketing...selepas tiga atau empat hari, kita kene isi minyak semula...tu bukan modal ker???...he he he... bezanya, modal untuk pendaftaran program Kerja Dari Rumah neh hanya SEKALI SEUMUR HIDUP...YA ! ! !...SEKALI SEUMUR HIDUP....

Mahalnya nak kena bayar sampai RM50...isk isk isk...

Alamak...mahal ker???...hm...ok ok...aku ada cara untuk mengurangkan sikit jumlah bayaran yuran pendaftaran tuh...tapi, jangan bagitau orang lain tau...he he he...follow langkah-lanhkah kat bawah neh ea,
  1. Sila >>>Klik kat sini<<<
  2. Sila perhatikan kat menu di bahagian atas sebelah kanan, klik pada perkataan "Affiliate"
  3. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
  4. Anda perlu membuat pengesahan pendaftaran "affiliate" tersebut
  5. Login ke "Affiliate" page anda
  6. Anda dibenarkan untuk membuat pembelian dari link affiliate anda sendiri.
Nota: anda masih perlu membayar jumlah penuh (RM50) apabila membuat pembelian dari link affiliate anda sendiri, tetapi sejumlah RM20 akan dipulangkan sebagai komisen promosi pembelian anda tadi...he he he...(^_^)...

So, Bila nak bermula??? 

Lagi cepat kengkawan bermula, lagi cepat kengkawan boleh kumpul modal untuk pelaburan emas kengkawan semua...klik kat sini untuk pendaftaran....kalau kengkawan perlukan maklumat lebih lanjut, kengkawan boleh juga klik kat sini...

Kesimpulan

Panjang jugak entri kali neh kan...he he he...segalanya terpulang kat diri anda sendiri...kalau anda berasa sudah cukup segalanya, maka tak perlu lar pilihan Kerja dari Rumah neh...tapi, aku yakin, semakin lama kita bermastautin di kotaraya neh, semakin banyak bil yang perlu kita jelaskan...jadi, kalau tak banyak pun, dapat kita lunaskan bayaran rumah dan kerata dengan buakn Kerja Dari Rumah neh pon aku rasa dah cukup dah...yang paling penting, macam aku dah ingatkan tadi, JANGAN MALAS...


Nota: Panjang lebar bercerita, kalau tak ambil iktibar pon tak guna gak...he he he...sama-sama kita ingat mengingati antara satu sama lain...jom lar buat pendaftaran...he he he...



Sunday, August 26, 2012

Pinjaman Pelaburan Emas, Untung atau Rugi?

Adakah untung jika kita membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas?, ianya bergantung kepada 2 faktor. Hanya 2 faktor inilah yang akan menentukan sama ada anda akan RUGI atau UNTUNG apabila membuat pinjaman untuk melabur dalam emas (atau  apa-apa pelaburan yang lain). 2 faktor tersebut adalah,

1. Kadar Interest Pinjaman
2. Kadar peratusan keuntungan pelaburan anda.

Ini kerana, untuk mengetahui sama ada anda untung atau rugi, formulanya adalah,

Kadar peratusan Keuntungan Pelaburan – Kadar Interest Pinjaman = Untung / (Rugi)

Contohnya….

Anda membuat pinjaman dengan kadar interest sebanyak 7% setahun,
Selepas setahun, pelaburan emas yang anda lakukan memberikan pulangan kenaikan sebanyak 15%,

Bermakna,  15% – 7% = 8%, hm, anda akan memperolehi keuntungan 8%

Nampak mudah bukan, tapi realitinya bukan semudah itu… jom kita kongsikan realiti tentang membuat pinjaman untuk pelaburan..

1. Kadar interest untuk pinjaman peribadi, adalah tinggi.

Ianya sekitar 24% setahun...(merujuk kepada kebanyakan pakej pinjaman)...Jadi, untuk untung, anda perlu pastikan dalam masa setahun, harga emas yang anda beli menggunakan wang pinjaman tadi naik sebanyak 30%...( 24% untuk interest pinjaman + 6% untuk spread)... Jika tidak, anda akan menanggung kerugian.

Untuk mengurangkan risiko ini, cuba cari pakej-pakej pinjaman yang menawarkan kadar interest yang paling rendah. Jika boleh, cari pinjaman yang menawarkan kadar interest sekitar 5% sahaja setahun...Ada ke???...Erk...yg itu anda kena cari sendiri ler.. itupun kalau ada lar…he he he…(^_^)...

2. Anda tidak akan mendapat wang pinjaman 100%.

Yup...Jika anda ingin membuat pinjaman sebanyak RM10,000, selalunya, anda tidak akan mendapat nilai penuh pinjaman tersebut...Akan ada caj-caj sampingan seperti yuran pemprosesan dan sebagainya. Jadi, sebelum memohon, tanya pihak bank tersebut  tentang caj-caj tambahan ini.

3.  Prestasi pelaburan lalu, tidak mengambarkan prestasi akan datang!

Kita sering di gula-gulakan dengan kadar purata pulangan pelaburan emas sebanyak 22% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini…sesuatu yang mungkin anda tidak perasan ialah tentang perkataan “PURATA”.

Jika dilihat prestasi kenaikan harga emas sejak 5 tahun lalu, ianya adalah seperti berikut :-

2006 : 18%
2007 : 36%
2008 : 5%
2009 : 26%
2010 : 25%


Purata hasil kenaikan 5 tahun ialah = (18% + 36% + 5% + 26% + 25%) / 5 = 22% setahun.

Memang banyak...tetapi cuba lihat pada tahun 2008...kenaikan emas hanyalah 5% sahaja...
Apabila anda membuat pinjaman, tempoh pinjaman anda adalah 1 tahun sahaja...Jadi, jika anda membuat pinjaman untuk melabur dalam emas pada tahun 2008, ANDA AKAN MENGALAMI KERUGIAN YANG BESAR!!!...

Berbeza jika anda melabur menggunakan duit sendiri, ianya tidak menjadi begitu bermasalah...jika pada tahun itu emas hanya naik sebanyak 5% sahaja, anda masih boleh relaks-relaks lagi dan tunggu sehingga tahun berikutnya...Sebabnya, anda tidak perlu membayar apa-apa. Anda tidak terikat pada “masa & kadar interest”.

4. Pinjaman dibayar secara bulanan!

Satu perkara yang anda perlu sedar, bayaran pinjaman adalah secara bulanan… jika anda meminjam RM10,000 hari ini, dan menggunakan semua wang tersebut untuk membeli emas… untuk bulan-bulan seterusnya...bagaimana pula anda mahu membayar bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut pula?

Pajakkan emas itu???, hm, kini anda sudah ada 2 hutang yang perlu ditanggung...

Kadar interest pinjaman (24%) + kadar interest pajakan(upah simpan) (13%) + spread barang kemas emas (30%) = 67%...anda perlu pastikan harga emas naik sebanyak 67% untuk tahun tersebut!!!

JANGAN memajakkan emas anda… bukanlah satu idea yang baik...Mahu atau tidak, anda perlu siap sedia menyediakan wang untuk membayar hutang pinjaman anda itu secara bulanan.Pendek kata, jika anda ingin meminjam RM10,000 untuk melabur dalam emas, pastikan dahulu, anda sudah ada RM12,000 di dalam akaun anda untuk digunakan sebagai bayaran bulanan pinjaman anda...

“Hah? What the point? Kalau aku dah ada RM12,000.. baik aku guna je dut tu beli emas.. tak payah nak pinjam-pinjam..!”

Sememangnya… itulah yang terbaik...Itulah antara beberapa realiti yang perlu anda tahu apabila anda ingin membuat pinjaman untuk membeli emas. Mohon maaf jika entry saya ini bunyinya seperti mengerikan… tetapi, itulah realitinya...

Jika masih mahu membuat pinjaman pelaburan emas!

Jika anda masih tetap mahu berhutang/membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas! Pastikan anda melepasi 2 syarat ini.

1. Dapatkan pinjaman yang menawarkan kadar interest paling rendah, kalau zero interest,  itu lebih baik!!!

2. Pastikan anda mampu membuat bayaran bulanan pinjaman tersebut. Sama ada menggunakan wang gaji atau wang simpanan anda yang sudah sedia ada.

(Sumber: Internet)

Thursday, August 23, 2012

10 Kesilapan Pelabur Emas

10 daripada kesilapan biasa pelabur emas dan semoga ianya bermanfaat:


Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark sendiri. Dan untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar pun pun tak tahu bila harga emas paling rendah.
 
Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya sering dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik.


Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak!

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana kita membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

(Sumber: Internet)

Friday, August 17, 2012

Pengenalan Kepada Pelaburan Emas

Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas kita menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk kita di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk kita yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, kita mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?

Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik kita beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya kita beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah kita mendengar pelaburan emas? Apa yang semua tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

Kadang-kadang ada yang bertanya , apakah jenis emas terbaik untuk dibeli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;

Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.

Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. :). Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi  sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.

Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu  hal berkenaan zakat dan  berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?

Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.

Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.

Lima faktor diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.

Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

(Sumber: INTERNET)


Tuesday, April 3, 2012

Emas Terus Jadi Buruan Pelabur

PETALING JAYA 10 Jan. - Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang, semakin menarik orang ramai membelinya sekali gus menawarkan prospek jualan yang baik. Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaannya. "Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan sebagai alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya, di sini hari ini. Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta. Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu. "Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011," kata beliau. Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun (RM5,000). Choon berkata, dalam usaha meningkatkan jualannya, Poh Kong akan membuka rangkaiannya yang ke-101 di Ipoh, Perak Mac ini. Beliau berkata, pada setiap tahun, syarikat itu akan menambah tiga hingga lima rangkaian baharu melibatkan kos setiap sebuah sebanyak RM5 juta, bergantung kepada keluasannya.

Friday, January 13, 2012

Affiliate Program - PAYINGPTR.COm

Salah satu cara untuk menambah pendapatan adalah dengan menyertai Affiliate Program ... Affiliate program nih adalah program yang memberikan pembayaran kepada ahli-ahli yang mendaftar dengan program tersebut...ada bermacam2 cara affiliate program nih...ada teknik browse-to-paid,paid-to-click,advertise-to-paid,pay-to-read, dan memacam program lagik...

kali nih aku nak ajak korang try teknik paid-to-click program dengan menyertai PAYINGPTR.COM (Klik kat sini untuk ke PAYNGPTR.COM)...PAYINGPTR.COM memberikan tambahan pendapatan kepada mereka-mereka yang mencari pendapatan tambahan pada tahap yang maksimum dengan mengambilkira kekangan masa mereka semua...maklumlar, MASA ITU KAN EMAS...(^_^)...

Terdapat 3 kaedah yang boleh disertai oleh ahli seperti berikut,

(1) FREE MEMBERS

Sebagai FREE MEMBERS, korang boleh menambah pendapatan melalui 2 cara...pertama, secara clicking paid emails (USD1 per click) yang dihantar kepada email korang...kedua, by clicking PAID BANNERS (each 50c)...korang akan dibayar setelah amount terkumpul korang mencecah USD500...setiap referral korang akan menerima USD1 yang dibayar melalui
Paypal/AlertPay/LibertyReserve/WU/Check/Moneybookers...Sebagai tambahan, bagi setiap referral korang akan dapat 30% daripada jumlah pndapatan depa...FREE MEMBER dibayar 2 kali dalam sebulan, 14hb dan 30hb...

(2) PREMIUM MEMBERS

Sebagai PREMIUM MEMBERS, korang akan menerima kenpen pengiklanan untuk semua ahli...dan, selepas korang upgrade akaun korang kepada PREMIUM MEMBERS, banyak lagi kelebihan-kelebihan yang korang adan perolehi...

Tak salah untuk mencuba...tak perlu bayar apa-apa pun...untuk menyertai affiliate PAYINGPTR.COM nih, (Klik kat sini)...kemudian, kat menu sebelah atas ada satu button JOIN...korang klik kat situ dan ikut je arahan seterusnya...mudah jek prosesnya...macam
pepatah melayu mengatakan, USAHA TANGGA KEJAYAAN dan yang paling penting,
JANGAN BERTANGGUH...so, jom kita caba sekarang...SELAMAT BERJAYA
SEMUA!!!...(^_^)...

Wednesday, January 4, 2012

7 Langkah Untuk Buat Blog


Salam semua,

Susahkan nak menulis ... hm ... pernah tak dengar pepatah "Banyak idea, tapi tiada" ... banyak yg kita nak tulis, tapi dalam masa yg sama kita tak tau apa sbenarnyer yg kita nak tulis ... so, sementara kita mencari idea nak tulis apa, jom kite dengar apa yg minah nih nak cadangkan bila kita mula nak berjinak2 dngan dunia blogging nih ...

7 langkah bagaimana nak buat blog yg mendatangkan hasil .... selamat mencuba ... (^_^) ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com