Sunday, August 26, 2012

Pinjaman Pelaburan Emas, Untung atau Rugi?

Adakah untung jika kita membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas?, ianya bergantung kepada 2 faktor. Hanya 2 faktor inilah yang akan menentukan sama ada anda akan RUGI atau UNTUNG apabila membuat pinjaman untuk melabur dalam emas (atau  apa-apa pelaburan yang lain). 2 faktor tersebut adalah,

1. Kadar Interest Pinjaman
2. Kadar peratusan keuntungan pelaburan anda.

Ini kerana, untuk mengetahui sama ada anda untung atau rugi, formulanya adalah,

Kadar peratusan Keuntungan Pelaburan – Kadar Interest Pinjaman = Untung / (Rugi)

Contohnya….

Anda membuat pinjaman dengan kadar interest sebanyak 7% setahun,
Selepas setahun, pelaburan emas yang anda lakukan memberikan pulangan kenaikan sebanyak 15%,

Bermakna,  15% – 7% = 8%, hm, anda akan memperolehi keuntungan 8%

Nampak mudah bukan, tapi realitinya bukan semudah itu… jom kita kongsikan realiti tentang membuat pinjaman untuk pelaburan..

1. Kadar interest untuk pinjaman peribadi, adalah tinggi.

Ianya sekitar 24% setahun...(merujuk kepada kebanyakan pakej pinjaman)...Jadi, untuk untung, anda perlu pastikan dalam masa setahun, harga emas yang anda beli menggunakan wang pinjaman tadi naik sebanyak 30%...( 24% untuk interest pinjaman + 6% untuk spread)... Jika tidak, anda akan menanggung kerugian.

Untuk mengurangkan risiko ini, cuba cari pakej-pakej pinjaman yang menawarkan kadar interest yang paling rendah. Jika boleh, cari pinjaman yang menawarkan kadar interest sekitar 5% sahaja setahun...Ada ke???...Erk...yg itu anda kena cari sendiri ler.. itupun kalau ada lar…he he he…(^_^)...

2. Anda tidak akan mendapat wang pinjaman 100%.

Yup...Jika anda ingin membuat pinjaman sebanyak RM10,000, selalunya, anda tidak akan mendapat nilai penuh pinjaman tersebut...Akan ada caj-caj sampingan seperti yuran pemprosesan dan sebagainya. Jadi, sebelum memohon, tanya pihak bank tersebut  tentang caj-caj tambahan ini.

3.  Prestasi pelaburan lalu, tidak mengambarkan prestasi akan datang!

Kita sering di gula-gulakan dengan kadar purata pulangan pelaburan emas sebanyak 22% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini…sesuatu yang mungkin anda tidak perasan ialah tentang perkataan “PURATA”.

Jika dilihat prestasi kenaikan harga emas sejak 5 tahun lalu, ianya adalah seperti berikut :-

2006 : 18%
2007 : 36%
2008 : 5%
2009 : 26%
2010 : 25%


Purata hasil kenaikan 5 tahun ialah = (18% + 36% + 5% + 26% + 25%) / 5 = 22% setahun.

Memang banyak...tetapi cuba lihat pada tahun 2008...kenaikan emas hanyalah 5% sahaja...
Apabila anda membuat pinjaman, tempoh pinjaman anda adalah 1 tahun sahaja...Jadi, jika anda membuat pinjaman untuk melabur dalam emas pada tahun 2008, ANDA AKAN MENGALAMI KERUGIAN YANG BESAR!!!...

Berbeza jika anda melabur menggunakan duit sendiri, ianya tidak menjadi begitu bermasalah...jika pada tahun itu emas hanya naik sebanyak 5% sahaja, anda masih boleh relaks-relaks lagi dan tunggu sehingga tahun berikutnya...Sebabnya, anda tidak perlu membayar apa-apa. Anda tidak terikat pada “masa & kadar interest”.

4. Pinjaman dibayar secara bulanan!

Satu perkara yang anda perlu sedar, bayaran pinjaman adalah secara bulanan… jika anda meminjam RM10,000 hari ini, dan menggunakan semua wang tersebut untuk membeli emas… untuk bulan-bulan seterusnya...bagaimana pula anda mahu membayar bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut pula?

Pajakkan emas itu???, hm, kini anda sudah ada 2 hutang yang perlu ditanggung...

Kadar interest pinjaman (24%) + kadar interest pajakan(upah simpan) (13%) + spread barang kemas emas (30%) = 67%...anda perlu pastikan harga emas naik sebanyak 67% untuk tahun tersebut!!!

JANGAN memajakkan emas anda… bukanlah satu idea yang baik...Mahu atau tidak, anda perlu siap sedia menyediakan wang untuk membayar hutang pinjaman anda itu secara bulanan.Pendek kata, jika anda ingin meminjam RM10,000 untuk melabur dalam emas, pastikan dahulu, anda sudah ada RM12,000 di dalam akaun anda untuk digunakan sebagai bayaran bulanan pinjaman anda...

“Hah? What the point? Kalau aku dah ada RM12,000.. baik aku guna je dut tu beli emas.. tak payah nak pinjam-pinjam..!”

Sememangnya… itulah yang terbaik...Itulah antara beberapa realiti yang perlu anda tahu apabila anda ingin membuat pinjaman untuk membeli emas. Mohon maaf jika entry saya ini bunyinya seperti mengerikan… tetapi, itulah realitinya...

Jika masih mahu membuat pinjaman pelaburan emas!

Jika anda masih tetap mahu berhutang/membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas! Pastikan anda melepasi 2 syarat ini.

1. Dapatkan pinjaman yang menawarkan kadar interest paling rendah, kalau zero interest,  itu lebih baik!!!

2. Pastikan anda mampu membuat bayaran bulanan pinjaman tersebut. Sama ada menggunakan wang gaji atau wang simpanan anda yang sudah sedia ada.

(Sumber: Internet)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com