Sunday, August 26, 2012

Pinjaman Pelaburan Emas, Untung atau Rugi?

Adakah untung jika kita membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas?, ianya bergantung kepada 2 faktor. Hanya 2 faktor inilah yang akan menentukan sama ada anda akan RUGI atau UNTUNG apabila membuat pinjaman untuk melabur dalam emas (atau  apa-apa pelaburan yang lain). 2 faktor tersebut adalah,

1. Kadar Interest Pinjaman
2. Kadar peratusan keuntungan pelaburan anda.

Ini kerana, untuk mengetahui sama ada anda untung atau rugi, formulanya adalah,

Kadar peratusan Keuntungan Pelaburan – Kadar Interest Pinjaman = Untung / (Rugi)

Contohnya….

Anda membuat pinjaman dengan kadar interest sebanyak 7% setahun,
Selepas setahun, pelaburan emas yang anda lakukan memberikan pulangan kenaikan sebanyak 15%,

Bermakna,  15% – 7% = 8%, hm, anda akan memperolehi keuntungan 8%

Nampak mudah bukan, tapi realitinya bukan semudah itu… jom kita kongsikan realiti tentang membuat pinjaman untuk pelaburan..

1. Kadar interest untuk pinjaman peribadi, adalah tinggi.

Ianya sekitar 24% setahun...(merujuk kepada kebanyakan pakej pinjaman)...Jadi, untuk untung, anda perlu pastikan dalam masa setahun, harga emas yang anda beli menggunakan wang pinjaman tadi naik sebanyak 30%...( 24% untuk interest pinjaman + 6% untuk spread)... Jika tidak, anda akan menanggung kerugian.

Untuk mengurangkan risiko ini, cuba cari pakej-pakej pinjaman yang menawarkan kadar interest yang paling rendah. Jika boleh, cari pinjaman yang menawarkan kadar interest sekitar 5% sahaja setahun...Ada ke???...Erk...yg itu anda kena cari sendiri ler.. itupun kalau ada lar…he he he…(^_^)...

2. Anda tidak akan mendapat wang pinjaman 100%.

Yup...Jika anda ingin membuat pinjaman sebanyak RM10,000, selalunya, anda tidak akan mendapat nilai penuh pinjaman tersebut...Akan ada caj-caj sampingan seperti yuran pemprosesan dan sebagainya. Jadi, sebelum memohon, tanya pihak bank tersebut  tentang caj-caj tambahan ini.

3.  Prestasi pelaburan lalu, tidak mengambarkan prestasi akan datang!

Kita sering di gula-gulakan dengan kadar purata pulangan pelaburan emas sebanyak 22% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini…sesuatu yang mungkin anda tidak perasan ialah tentang perkataan “PURATA”.

Jika dilihat prestasi kenaikan harga emas sejak 5 tahun lalu, ianya adalah seperti berikut :-

2006 : 18%
2007 : 36%
2008 : 5%
2009 : 26%
2010 : 25%


Purata hasil kenaikan 5 tahun ialah = (18% + 36% + 5% + 26% + 25%) / 5 = 22% setahun.

Memang banyak...tetapi cuba lihat pada tahun 2008...kenaikan emas hanyalah 5% sahaja...
Apabila anda membuat pinjaman, tempoh pinjaman anda adalah 1 tahun sahaja...Jadi, jika anda membuat pinjaman untuk melabur dalam emas pada tahun 2008, ANDA AKAN MENGALAMI KERUGIAN YANG BESAR!!!...

Berbeza jika anda melabur menggunakan duit sendiri, ianya tidak menjadi begitu bermasalah...jika pada tahun itu emas hanya naik sebanyak 5% sahaja, anda masih boleh relaks-relaks lagi dan tunggu sehingga tahun berikutnya...Sebabnya, anda tidak perlu membayar apa-apa. Anda tidak terikat pada “masa & kadar interest”.

4. Pinjaman dibayar secara bulanan!

Satu perkara yang anda perlu sedar, bayaran pinjaman adalah secara bulanan… jika anda meminjam RM10,000 hari ini, dan menggunakan semua wang tersebut untuk membeli emas… untuk bulan-bulan seterusnya...bagaimana pula anda mahu membayar bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut pula?

Pajakkan emas itu???, hm, kini anda sudah ada 2 hutang yang perlu ditanggung...

Kadar interest pinjaman (24%) + kadar interest pajakan(upah simpan) (13%) + spread barang kemas emas (30%) = 67%...anda perlu pastikan harga emas naik sebanyak 67% untuk tahun tersebut!!!

JANGAN memajakkan emas anda… bukanlah satu idea yang baik...Mahu atau tidak, anda perlu siap sedia menyediakan wang untuk membayar hutang pinjaman anda itu secara bulanan.Pendek kata, jika anda ingin meminjam RM10,000 untuk melabur dalam emas, pastikan dahulu, anda sudah ada RM12,000 di dalam akaun anda untuk digunakan sebagai bayaran bulanan pinjaman anda...

“Hah? What the point? Kalau aku dah ada RM12,000.. baik aku guna je dut tu beli emas.. tak payah nak pinjam-pinjam..!”

Sememangnya… itulah yang terbaik...Itulah antara beberapa realiti yang perlu anda tahu apabila anda ingin membuat pinjaman untuk membeli emas. Mohon maaf jika entry saya ini bunyinya seperti mengerikan… tetapi, itulah realitinya...

Jika masih mahu membuat pinjaman pelaburan emas!

Jika anda masih tetap mahu berhutang/membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas! Pastikan anda melepasi 2 syarat ini.

1. Dapatkan pinjaman yang menawarkan kadar interest paling rendah, kalau zero interest,  itu lebih baik!!!

2. Pastikan anda mampu membuat bayaran bulanan pinjaman tersebut. Sama ada menggunakan wang gaji atau wang simpanan anda yang sudah sedia ada.

(Sumber: Internet)

Thursday, August 23, 2012

10 Kesilapan Pelabur Emas

10 daripada kesilapan biasa pelabur emas dan semoga ianya bermanfaat:


Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark sendiri. Dan untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar pun pun tak tahu bila harga emas paling rendah.
 
Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya sering dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik.


Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak!

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana kita membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

(Sumber: Internet)

Friday, August 17, 2012

Pengenalan Kepada Pelaburan Emas

Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas kita menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk kita di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk kita yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, kita mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?

Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik kita beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya kita beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah kita mendengar pelaburan emas? Apa yang semua tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

Kadang-kadang ada yang bertanya , apakah jenis emas terbaik untuk dibeli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;

Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.

Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. :). Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi  sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.

Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu  hal berkenaan zakat dan  berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?

Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.

Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.

Lima faktor diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.

Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

(Sumber: INTERNET)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazon.com